Monday 16 April 2012

kembali berblog


heyy guyss..perghhhh..lama giler aku tak sentuh blog ni..pasaipa ntah.mungkin takda idea kot nak menulis.hampir setahun gak kan aku tinggalkan dunia blog nih..kikiki.kekok lak nak menulis.

sooooo..mulai harinih aku nak stat update kembali blog aku yang dah lama di tinggalkan..dah berhabuk dah blog aku nih kan..yelah dah lama tak bepenghuni..KEH KEH KEH

Monday 17 October 2011

Debaran Separuh Akhir

Piala Malaysia sudah hampir ke penamatnya,dan empat pasukan terbaik akan bertarung dalam memburu dua slot ke final.Dua wakil terengganu iaitu T-Team dan Terengganu tampak menjadi pilihan hangat peminat tempatan bagi mengisi slot ke Final nanti..

Cabaran dari pasukan Gergasi tempatan, Selangor juga tidak boleh di pandang enteng walaupun pada peringkat awalnya team Gergasi merah itu hampir rebah pada peringkat kumpulan.

Dan satu lagi team iaitu Negeri Sembilan mahu mengulangi kejayaan mara ke final buat kali ke tiga berturut turut selepas pada tahun lepas mereka melepaskan Gelaran Juara Piala Malaysia kepada Kelantan.

terengganu

t-team

 selangor

  negeri sembilan

Thursday 6 October 2011

TRW terbaik dunia


Pasukan bola sepak kelantan atau terkenal dengan gelaran The Red Warriors di umumkan sebagai pasukan ke tujuh terbaik dalam Asean, menurut statistik yang di keluarkan oleh International Federation of Football History and statistics (IFFHS) yang berpangkalan di Jerman.

IFFHS adalah sebuah organisasi yang telah diperakui oleh Perseketuan bola sepak Antarabangsa (Fifa) dan diwujudkan untuk mencatat sejarah bola sepak dunia.

Dalam pada itu juga, Kelantan juga berada di tangga ke-317 daripada pasukan terbaik di seluruh dunia dan berjaya mengatasi beberapa kelab seperti FC Yokohama F.Marinos (Jepun), Wigan Athletic dan Sunderland dari England.

Thursday 29 September 2011

Theyab Awana meninggal dunia


Bintang sensasi UAE, Theyab Awana meninggal dunia pada ahad lalu.di laporkan Awana telah terlibat dalam satu kemalangan di Sheikh Zayed,Abu Dhabi selepas kereta yang di pandunya bertembung dengan sebuah trak.

Awana pernah mencetuskan sensasi apabila menjaringkan penalti secara backheel ketika menentang lebanon pada julai lalu..UAE menang 7-2.
Aksinya ketika itu telah mendapat kencaman bekas ketua jurulatih UAE ketika itu,Srecko Katanek.

Namun pengganti Katanek, Abdullah Misfer, memanggil kembali Awana menyertai skuad UAE bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2014.

Wednesday 28 September 2011

patahnya sayap sang kenari


Bekas juara piala malaysia dua kali berturut turut,kedah akhirnya terpaksa berputih mata untuk melangkah jauh pada piala malaysia kali ini selepas di paksa seri 1-1 dengan perak di halaman sendiri.

Kedah yang turun dengan misi wajib menang dalam perlawanan tersebut  bagaikan singa kelaparan,mengasak kubu perak bertali arus..sayangnya dua gol kedah di batalkan oleh pengadil kerana offside.
wan jamak selaku pengendali hijau kuning seakan akan berang dengan cara pengadilan pada perlawanan itu.

Buat team yang layak ke suku akhir tahniah di ucapkan..kelantan,selangor,terengganu,sabah,perak,t-team,felda united dan negeri sembilan pastinya akan membuat persiapan yang rapi untuk perlawanan yang di jangka akan di langsungkan pada 10 dan 14 oktober nanti...semoga berjaya.

Tuesday 27 September 2011

atm sambar sathia


Bekas jurulatih pasukan kebangsaan dan juga kelantan,b sathianathan sah akan mengemudi pasukan angkatan tentera malaysia dalam liga perdana mulai musim depan..sathia telah pun menandatangani kontrak untuk semusim.

Di khabarkan juga pihak pengurusan mahu memasukkan beberapa pemain yang bergelar bintang untuk memantapkan lagi pasukan.

Sathia tidak keseorangan ke ATM kerana,kamaruddin mohd nor yang juga bekas jurulatih pasukan kelantan  dan jurulatih penjaga gol piala presiden kelantan hamid ramli turut sama mengikut jejak langkah sathia berkelana ke ATM..turut membantu sebagai penolong juruluatih juga iaitu bekas pemain bola sepak selangor zaman 90'an.mohd shahrin majid.