Monday 17 October 2011

Debaran Separuh Akhir

Piala Malaysia sudah hampir ke penamatnya,dan empat pasukan terbaik akan bertarung dalam memburu dua slot ke final.Dua wakil terengganu iaitu T-Team dan Terengganu tampak menjadi pilihan hangat peminat tempatan bagi mengisi slot ke Final nanti..

Cabaran dari pasukan Gergasi tempatan, Selangor juga tidak boleh di pandang enteng walaupun pada peringkat awalnya team Gergasi merah itu hampir rebah pada peringkat kumpulan.

Dan satu lagi team iaitu Negeri Sembilan mahu mengulangi kejayaan mara ke final buat kali ke tiga berturut turut selepas pada tahun lepas mereka melepaskan Gelaran Juara Piala Malaysia kepada Kelantan.

terengganu

t-team

 selangor

  negeri sembilan

Thursday 6 October 2011

TRW terbaik dunia


Pasukan bola sepak kelantan atau terkenal dengan gelaran The Red Warriors di umumkan sebagai pasukan ke tujuh terbaik dalam Asean, menurut statistik yang di keluarkan oleh International Federation of Football History and statistics (IFFHS) yang berpangkalan di Jerman.

IFFHS adalah sebuah organisasi yang telah diperakui oleh Perseketuan bola sepak Antarabangsa (Fifa) dan diwujudkan untuk mencatat sejarah bola sepak dunia.

Dalam pada itu juga, Kelantan juga berada di tangga ke-317 daripada pasukan terbaik di seluruh dunia dan berjaya mengatasi beberapa kelab seperti FC Yokohama F.Marinos (Jepun), Wigan Athletic dan Sunderland dari England.

Thursday 29 September 2011

Theyab Awana meninggal dunia


Bintang sensasi UAE, Theyab Awana meninggal dunia pada ahad lalu.di laporkan Awana telah terlibat dalam satu kemalangan di Sheikh Zayed,Abu Dhabi selepas kereta yang di pandunya bertembung dengan sebuah trak.

Awana pernah mencetuskan sensasi apabila menjaringkan penalti secara backheel ketika menentang lebanon pada julai lalu..UAE menang 7-2.
Aksinya ketika itu telah mendapat kencaman bekas ketua jurulatih UAE ketika itu,Srecko Katanek.

Namun pengganti Katanek, Abdullah Misfer, memanggil kembali Awana menyertai skuad UAE bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2014.

Wednesday 28 September 2011

patahnya sayap sang kenari


Bekas juara piala malaysia dua kali berturut turut,kedah akhirnya terpaksa berputih mata untuk melangkah jauh pada piala malaysia kali ini selepas di paksa seri 1-1 dengan perak di halaman sendiri.

Kedah yang turun dengan misi wajib menang dalam perlawanan tersebut  bagaikan singa kelaparan,mengasak kubu perak bertali arus..sayangnya dua gol kedah di batalkan oleh pengadil kerana offside.
wan jamak selaku pengendali hijau kuning seakan akan berang dengan cara pengadilan pada perlawanan itu.

Buat team yang layak ke suku akhir tahniah di ucapkan..kelantan,selangor,terengganu,sabah,perak,t-team,felda united dan negeri sembilan pastinya akan membuat persiapan yang rapi untuk perlawanan yang di jangka akan di langsungkan pada 10 dan 14 oktober nanti...semoga berjaya.

Tuesday 27 September 2011

atm sambar sathia


Bekas jurulatih pasukan kebangsaan dan juga kelantan,b sathianathan sah akan mengemudi pasukan angkatan tentera malaysia dalam liga perdana mulai musim depan..sathia telah pun menandatangani kontrak untuk semusim.

Di khabarkan juga pihak pengurusan mahu memasukkan beberapa pemain yang bergelar bintang untuk memantapkan lagi pasukan.

Sathia tidak keseorangan ke ATM kerana,kamaruddin mohd nor yang juga bekas jurulatih pasukan kelantan  dan jurulatih penjaga gol piala presiden kelantan hamid ramli turut sama mengikut jejak langkah sathia berkelana ke ATM..turut membantu sebagai penolong juruluatih juga iaitu bekas pemain bola sepak selangor zaman 90'an.mohd shahrin majid.

Monday 19 September 2011

mister potato taja menyu


Korang mesti penah makan snek mister potato kan..alaa..yang kotak tinggi tu ader gambar laki misai tebal pakai topi ala2 mexico..hehe..
Ok..jangan x tau skang snek kegemaran korang tu dah jadi penaja untuk team menyu..soo..bermakna jenama snek tu akan terpampang di papan digital stadium old trafford..!!

Selain tu pasni kotak snek mister potato tu jugak boleh menggunakan nama manchester united dan gambar player2 team menyu seperti wayne rooney,ryan giggs..dan jugak park ji sung..

Friday 16 September 2011

Gud luck safee..!!


Haa..arini kite cerita psl si safee sali.korang tau kan yang safee skang ni terikat kontrak dgn pasukan kelab indon..pelita jaya...tapi tup tup skang dier dah berangkat ke england utk buat sesi latihan dan training dgn pasukan cardif city..perghhh bangga siott..mana taknya dalam sesi latihan si safee ni beberapa kali di katakan score goll...

ni dah kira berita baik kan..kemungkinan peluang untuk safee menyarung jersi cardiff menjadi kenyataan.bermakna dier player pertama negara yang dpt perfom ngan team dari epl nih...dasyat arr ko safee..kitorang semua tumpang gumbira n bangga..mudah mudahan impian safee untuk bermain dgn cardiff terlaksana...go safee goo..!!

paul scholes sarung jersi selangor..?


Bekas pemain tengah pasukan man united yang telah bersara pada musim ini iaitu paul scholes dikatakan bakal menyarung jersi selangor pada pertemuan dgn pasukan singapura dalam piala sultan selangor nanti.scholes telah di risik oleh pihak pengurusan reds giant untuk memantapkan lagi pasukan.

Dan jika perbincangan ini berjaya bermakna scholes bakal bergandingan bersama penyerang unggul tanahair yang kini berada di cardiff city,safee sali di bahagian depan.
Untuk memantapkan lagi pasukan selangor,pihak pengurusan selangor juga sedang berbincang untuk mendapatkan seorang lagi pemain bintang epl yang pernah bermain bersama pasukan liverpool..nama pemain tersebut buat masa ini dirahsiakan...

Wednesday 14 September 2011

MAS..airasia penaja QPR


Kelab Queen park rangers(QPR) yang baru di beli oleh jutawan anak tempatan iaitu Datuk Tony Fernandes telah berjaya mendapat penaja baru.
Malaysia airlines dan AirAsia menjadi penaja utama kelab tersebut..dan ini bermakna jersi team QPR yang di bahagian depan akan terpampang logo MAS dan AirAsia untuk dua musim seterusnya..

p/s: Alangkah baik kalau MAS dan AirAsia juga menaja liga bola sepak malaysia..hmmmm..

Tuesday 6 September 2011

piala malaysia milik siapa


Okeh peminat2 bola sepak tempatan sekalian..pastinya malam ni malam yang di tunggu2 oleh kaki2 bola,sebab malam ni perlawanan pertama akan berlangsung setelah hamir dua bulan liga tempatan kita berehat..
Kalau juara piala fa terengganu yang punya...piala liga super pulak milik kelantan..pastinya piala malaysia akan menjadi rebutan buat semua 16 pasukan yang layak..

Mungkinkah team gergasi tempatan seperti selangor,terengganu,kedah ataupun juara bertahan kelantan akan mengekalkan kejuaraan mereka..kita tidak tahu..

ataupun mungkin team underdog yang tidak di letakkan sebagai pasukan pilihan seperti sime darby..pdrm..ataupun pkns akan membuat kejutan mara ke perlawanan akhir seterusnya bergelar juara baru piala malaysia 2011..

Itu yang akan menjadi persoalan buat semua kaki bola tempatan..sama-sama kita nantikan..

Sunday 4 September 2011

pokai selepas raya


Hari ni genap 6 ari kita menyambut syawal..dan pastinya arini juga kita semua dah start keje..anak2 perantau yang balik ke kampung untuk menyambut lebaran dgn family pastinya mengeluh..ape tidaknya,tidak puas lagi beraya di kampung barangkali..

Jalan2 utama untuk balik ke ibu kota pastinya sesak teruk..macam2 ragam manusia kita dapat lihat waktu2 camni..keadaan di kampung yang 3,4 ari lepas yang riuh rendah dengan anak2 perantau kembali lengang..

Yang pasti ramai yang pening kepala memikirkan duit poket yang sudah kering..Al-maklumlah bajet sudah lari untuk beli segala persiapan raya tempoh hari..terutama yang sudah berkeluarga,pasti mengeleng kepala selepas raya...baki duit yang ade cukup2 makan jer..
Itulah pasal..masa nak sambut raya aritu semua benda nak beli baru..duit yang keluar aritu laju jer cam air paip..

Pokai selepas raya ni dah macam lumrah yang akan di alami oleh semua orang..terutama yang berkeluarga besar..so lain kali kita harus beringat ingat sebelum berbelanja..

Friday 2 September 2011

Dari everton ke arsenal

mikel arteta
Bekas ayam tambatan everton  ni sungguh2 nak join arsenal

nape aku cakap camtu sbb walaupun gaji terpaksa di potong RM48,000 seminggu..tapi dier tetap nak gak join team arsenal nieh

mamat nieh kira macam penganti fabregas la konon nya...aku nak sgt tengok arsenal mencabar kembali kejuaraan liga..walaupun aku penyokong menyu..

Arsene wenger sopin last minit

aiii..nampaknya sejak kena bedal ngan menyu 8-2 itu ari team arsenal dah mula borong pemain.
 ni 1st time aku tgk diorang betul2 habis habisan beli player2 star tak macam dulu arapkan player yang rata2 takder pengalaman dalam kejohanan besar..maksud aku player muda.

mungkin arsene mula sedar yang dia takleh nak arapkan pada player yang rata2 umur 25 kebawah.

so skang adalah masa yang sesuai untuk arsene wenger sopin..memperkuatkan kembali team diorang...walaupun last2 minit..

Wednesday 31 August 2011

3 syawal

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Arini da masok ari yang ke 3 kita menyambut ari raya..tapi suasana still lagi meriah kan

.pagi ni awal2 lagi aku ngan family pegi ke kubur..pas subuh terus pegi.dah lama rasanya tak pegi ke kubur.

Alhamdulillah...arini aku berkesempatan menziarahi kubur arwah atuk,nenek dan sanak saudara yang telah meninggal dunia..

Dalam kita bergembira menyambut lebaran ni jangan kita lupe orang2 yang telah tiada meninggalkan kita di dunia ni.

Semoga roh mereka semoga di rahmati oleh Allah swt dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..AL-FATIHAH...

Monday 29 August 2011

Kesian sama dia

kesiannnnnnnn...sudah jatuh di timpa tangga..tu lah nasib yang dialami team arsenal skang.sudah lah dua orang star mereka nasri dan fabregas dah blah dari emirates..semalam sejarah tercipta lagi..team arsene wenger kena bantai dengan team feberet aku menyu 8-2...di ulangi 8-2..!!

kesian benor..hehehe.tulah nasib coach yang kedekut yang tak nak beli player...last2 kena belasah ngan team power cam menyu..hohoho..


syabas buat menyu..si rooney kembali menemui sentuhan gol semalam..hatrik lak tu...

wahhh..seronok aku.
yaribaaaa...GLORY GLORY MENYU..!!

Friday 26 August 2011

Air..Ayor..Ayaq..


erkkkk..arini pesal la aku dahaga sgt2..biasanya tak..mungkin banyak buat keje..kemas2 umah..nak raya katakan.kalo la dpt air bandung cincau tgh2 hari niehh memang sodappppp..opssss..pose2..hehe..

biasa kalo masa bukak pose air feberet aku cincau la..sambil2 minum boleh menikmati cincau yang kaler itam tuuu..perghhhh..melelehhhhh.

dalam pale aku time nieh dah terbayang bandung cincau yang enak ituuuuuu...wieeeeeeee~

hey..heyy..heyy..rayer datang lagii


Amboiiii...seronok bebenor yer kome..ape yang tak seronok nyer..raya udah nak dekat.lagi 3 hari nak sambut raya.aku pun sama gakk..tapi raya skang ngan dulu jauh beza..jauh benor bezanya yobbb.kalo masa kecik2 dulu orang bagi duit raya kat kita..al maklumlah budak kecik katakan..tapi skang lain plak ceritanya..kita la plak yang bagi duit raya kat budak2.

ehhh..kalo tak bagi duit raya takleh ker..hah..hahh..hahh..??ape kata bagi coklat jerr..takpun gula2 yang rega 10sen 2 bijik tuh..alaaa..budak2 kan suker bebenor ngan gula2 nieh kannn...hikhik..alasan takleh blah kan.sajer nak ngelak dari bagi ampau.
haaa...satu lagi yang meriah nyer masa raya nieh..orang2 jauh mula la berpusu pusu nak balik kg...uikkk..seronokk kannn..aku udah lama tak merasa saat2 macam tu..masa stadi dulu jerrr..skang tak dahh.

bagi yang balik ngan kenderaan sendiri tak kira la ngan keta ker..motor kerr..beskal ker(ader ker orang balik ngan beskal..??) harap kome berhati hati lah di jalan raya..inagt lah orang tersayang kat umah yang tgh menunggu tu.bwk slow2..jgn bawak cam siput udah la yerr.

soooo..sempena ari raya nieh aku nak mitak maaf mintak ampun andai selama ni aku ader wat silap dalam sedar atau di luar kesedaran aku(ayat takleh blah) kat saper2 jer..yang dekat mahupun yang jauh.bermaaf maafaan la sesama kita...SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tuesday 16 August 2011

tanpa mercun raya tak meriah...?

pom pam pom pam..Kebabooo..!! Uikkkss...macam dok kat zaman perang jepun pun ader...ADEHH..
tulah bunyi2 mercun yang kedengaran kalo hampir2 nak raya..kalo malam raya lagi lah meriah bunyi mercun niehhhh.aku pun heran diorang yang dok main mercun tu tak rasa membazir ke beli mercun mahal2 ekkk..

apelah salah nya simpan duit tu beli makanan ker..beli topap ker..ader gak pekdah nya kannnnn..kalo tak caya tanya aku..heee..

kalo dalam berita lak tiap2 ari ader jer kes yang putus tangan..putus jari..mercun punya pasal...haaa..masa tulah baru nak sedar tentang keburukan mercun tu..

malu pun ader muka masok paper kes putus tangan pasal mercunn...huhuhu...
tulah nak main sangat..padan mukaaaa hanggg nohhhh...

jadi kalo takder mercun pun meriah gak raya...simpan2 la duit tu beli aper yang patutt..

permulaan baik buat menyu..

hohoho..team kegemaran gua menyu menang masa lawan dgn west brom.yeppp..satu permulaan yang baik dari barisan anak didik mr fergie.
soo..harap2 prestasi sebegini akan berkekalan...GLORY GLORY MENYU..

Sunday 14 August 2011

Datuk LCW kalah lagi..

Sukar nak terima..tapi itulah kenyataan nya..Datuk lee chong wei kalah lagi dalam final Kejohanan Badminton Dunia 2011.paling perit chong wei tewas kepada musuh utama nya..saper lagi kalau bukan lin dan.

lee chong wei dah perform sehabis baik sebenarnya..mungkin lin dan dalam prestasi terbaik skang ni,permainan lin  memang pantas susah nak baca game dier.

walau ape pun kredit harus diberikan pada lee chong wei selepas beberapa kali hampir memenangi perlawanan.mane tau rezeki chong wei ader masa sukan olimpik di London pada tahun depan...
terusan berusaha datuk..kipidap!

Saturday 13 August 2011

ari ke pat belas..

Sedar tak sedar da masuk ari yang ke 14 kite semua brpuasa..pejam celik pejam celik kejap jer kan.ader orang kate zaman skang nieh masa cepat berlalu..tak sama cam dulu..yeker..?bagi aku sama jer kot..mungkin skang zaman da moden..so waktu rasa cam kejap jerh.
biasalah waktu petang2 camnieh "bateri" da makin low owang kate..hikhik..dalam pala otak asik dok teringat juadah untuk berbuka karang.

kalo ikutkan nafsu..pegi bazaar karang abis sume jenis makanan nak rembat kan..yela tengah lapor katekan.tengok itu nak..tengok ini nak..aiii..kalo boleh satu bazaar tu skali nak beli kan..hekhek.
tapi bila jer masuk waktu buka..bukan nyer makan banyak mane pun..kannnn..paling tidak dua gelas air sirap n sepinggan nasik..uikkk...kira da kenyang la tu kan.kueh yang banyak2 beli kat bazaar tadi tinggal camtu jer.last2 masuk dalam plastik sampah gak.

so moral of the sory..jangan la kite membazir di bulan puasa cenggini..beli yang patut2 sudah..jangan ikutkan nafsu sangat..ye dakk..

EPL ohhh EPL

Ini saat2 yang paling di nantikan oleh peminat tegar EPL..start malam ni mata2 akan tertumpu pada perlawanan yang akan berlangsung..yelah kan..hampir 3bulan berehat sebelum musim baru bermula..so..bolehla kiter lepaskan gian tgk bola sampai puas..kikiki.

bukan nak menidakkan liga2 lain dalam dunia ni..tapi aku rasa EPL la liga yang paling TERBAIK dalam dunia dulu..kini dan..erkkk tak tau la sampai bila.banyak player2 star yang di lahirkan di EPL niehh.
So..bermula malam ni kita dapat saksikan team mana yang betul2 nak merangkul takhta liga buat musim 2011-2012.

kalau dulu kita hanya tengok team BIG FOUR seperti chelsea..menyu..liverpool dan arsenal yang bersaing sesama sendiri..tapi skang keadaan dah banyak berubah ooo. tgk skang..man city pun dah makin mengancam kan..plak tu presiden kelab jutawan...alahai senang la nak beli player2 star.
so..tak heran lah musim nieh man city BAKAL di tabalkan sebagai juara baru..saper tau kan..?