Monday 17 October 2011

Debaran Separuh Akhir

Piala Malaysia sudah hampir ke penamatnya,dan empat pasukan terbaik akan bertarung dalam memburu dua slot ke final.Dua wakil terengganu iaitu T-Team dan Terengganu tampak menjadi pilihan hangat peminat tempatan bagi mengisi slot ke Final nanti..

Cabaran dari pasukan Gergasi tempatan, Selangor juga tidak boleh di pandang enteng walaupun pada peringkat awalnya team Gergasi merah itu hampir rebah pada peringkat kumpulan.

Dan satu lagi team iaitu Negeri Sembilan mahu mengulangi kejayaan mara ke final buat kali ke tiga berturut turut selepas pada tahun lepas mereka melepaskan Gelaran Juara Piala Malaysia kepada Kelantan.

terengganu

t-team

 selangor

  negeri sembilan

Thursday 6 October 2011

TRW terbaik dunia


Pasukan bola sepak kelantan atau terkenal dengan gelaran The Red Warriors di umumkan sebagai pasukan ke tujuh terbaik dalam Asean, menurut statistik yang di keluarkan oleh International Federation of Football History and statistics (IFFHS) yang berpangkalan di Jerman.

IFFHS adalah sebuah organisasi yang telah diperakui oleh Perseketuan bola sepak Antarabangsa (Fifa) dan diwujudkan untuk mencatat sejarah bola sepak dunia.

Dalam pada itu juga, Kelantan juga berada di tangga ke-317 daripada pasukan terbaik di seluruh dunia dan berjaya mengatasi beberapa kelab seperti FC Yokohama F.Marinos (Jepun), Wigan Athletic dan Sunderland dari England.