Thursday 29 September 2011

Theyab Awana meninggal dunia


Bintang sensasi UAE, Theyab Awana meninggal dunia pada ahad lalu.di laporkan Awana telah terlibat dalam satu kemalangan di Sheikh Zayed,Abu Dhabi selepas kereta yang di pandunya bertembung dengan sebuah trak.

Awana pernah mencetuskan sensasi apabila menjaringkan penalti secara backheel ketika menentang lebanon pada julai lalu..UAE menang 7-2.
Aksinya ketika itu telah mendapat kencaman bekas ketua jurulatih UAE ketika itu,Srecko Katanek.

Namun pengganti Katanek, Abdullah Misfer, memanggil kembali Awana menyertai skuad UAE bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2014.

Wednesday 28 September 2011

patahnya sayap sang kenari


Bekas juara piala malaysia dua kali berturut turut,kedah akhirnya terpaksa berputih mata untuk melangkah jauh pada piala malaysia kali ini selepas di paksa seri 1-1 dengan perak di halaman sendiri.

Kedah yang turun dengan misi wajib menang dalam perlawanan tersebut  bagaikan singa kelaparan,mengasak kubu perak bertali arus..sayangnya dua gol kedah di batalkan oleh pengadil kerana offside.
wan jamak selaku pengendali hijau kuning seakan akan berang dengan cara pengadilan pada perlawanan itu.

Buat team yang layak ke suku akhir tahniah di ucapkan..kelantan,selangor,terengganu,sabah,perak,t-team,felda united dan negeri sembilan pastinya akan membuat persiapan yang rapi untuk perlawanan yang di jangka akan di langsungkan pada 10 dan 14 oktober nanti...semoga berjaya.

Tuesday 27 September 2011

atm sambar sathia


Bekas jurulatih pasukan kebangsaan dan juga kelantan,b sathianathan sah akan mengemudi pasukan angkatan tentera malaysia dalam liga perdana mulai musim depan..sathia telah pun menandatangani kontrak untuk semusim.

Di khabarkan juga pihak pengurusan mahu memasukkan beberapa pemain yang bergelar bintang untuk memantapkan lagi pasukan.

Sathia tidak keseorangan ke ATM kerana,kamaruddin mohd nor yang juga bekas jurulatih pasukan kelantan  dan jurulatih penjaga gol piala presiden kelantan hamid ramli turut sama mengikut jejak langkah sathia berkelana ke ATM..turut membantu sebagai penolong juruluatih juga iaitu bekas pemain bola sepak selangor zaman 90'an.mohd shahrin majid.

Monday 19 September 2011

mister potato taja menyu


Korang mesti penah makan snek mister potato kan..alaa..yang kotak tinggi tu ader gambar laki misai tebal pakai topi ala2 mexico..hehe..
Ok..jangan x tau skang snek kegemaran korang tu dah jadi penaja untuk team menyu..soo..bermakna jenama snek tu akan terpampang di papan digital stadium old trafford..!!

Selain tu pasni kotak snek mister potato tu jugak boleh menggunakan nama manchester united dan gambar player2 team menyu seperti wayne rooney,ryan giggs..dan jugak park ji sung..

Friday 16 September 2011

Gud luck safee..!!


Haa..arini kite cerita psl si safee sali.korang tau kan yang safee skang ni terikat kontrak dgn pasukan kelab indon..pelita jaya...tapi tup tup skang dier dah berangkat ke england utk buat sesi latihan dan training dgn pasukan cardif city..perghhh bangga siott..mana taknya dalam sesi latihan si safee ni beberapa kali di katakan score goll...

ni dah kira berita baik kan..kemungkinan peluang untuk safee menyarung jersi cardiff menjadi kenyataan.bermakna dier player pertama negara yang dpt perfom ngan team dari epl nih...dasyat arr ko safee..kitorang semua tumpang gumbira n bangga..mudah mudahan impian safee untuk bermain dgn cardiff terlaksana...go safee goo..!!

paul scholes sarung jersi selangor..?


Bekas pemain tengah pasukan man united yang telah bersara pada musim ini iaitu paul scholes dikatakan bakal menyarung jersi selangor pada pertemuan dgn pasukan singapura dalam piala sultan selangor nanti.scholes telah di risik oleh pihak pengurusan reds giant untuk memantapkan lagi pasukan.

Dan jika perbincangan ini berjaya bermakna scholes bakal bergandingan bersama penyerang unggul tanahair yang kini berada di cardiff city,safee sali di bahagian depan.
Untuk memantapkan lagi pasukan selangor,pihak pengurusan selangor juga sedang berbincang untuk mendapatkan seorang lagi pemain bintang epl yang pernah bermain bersama pasukan liverpool..nama pemain tersebut buat masa ini dirahsiakan...

Wednesday 14 September 2011

MAS..airasia penaja QPR


Kelab Queen park rangers(QPR) yang baru di beli oleh jutawan anak tempatan iaitu Datuk Tony Fernandes telah berjaya mendapat penaja baru.
Malaysia airlines dan AirAsia menjadi penaja utama kelab tersebut..dan ini bermakna jersi team QPR yang di bahagian depan akan terpampang logo MAS dan AirAsia untuk dua musim seterusnya..

p/s: Alangkah baik kalau MAS dan AirAsia juga menaja liga bola sepak malaysia..hmmmm..

Tuesday 6 September 2011

piala malaysia milik siapa


Okeh peminat2 bola sepak tempatan sekalian..pastinya malam ni malam yang di tunggu2 oleh kaki2 bola,sebab malam ni perlawanan pertama akan berlangsung setelah hamir dua bulan liga tempatan kita berehat..
Kalau juara piala fa terengganu yang punya...piala liga super pulak milik kelantan..pastinya piala malaysia akan menjadi rebutan buat semua 16 pasukan yang layak..

Mungkinkah team gergasi tempatan seperti selangor,terengganu,kedah ataupun juara bertahan kelantan akan mengekalkan kejuaraan mereka..kita tidak tahu..

ataupun mungkin team underdog yang tidak di letakkan sebagai pasukan pilihan seperti sime darby..pdrm..ataupun pkns akan membuat kejutan mara ke perlawanan akhir seterusnya bergelar juara baru piala malaysia 2011..

Itu yang akan menjadi persoalan buat semua kaki bola tempatan..sama-sama kita nantikan..

Sunday 4 September 2011

pokai selepas raya


Hari ni genap 6 ari kita menyambut syawal..dan pastinya arini juga kita semua dah start keje..anak2 perantau yang balik ke kampung untuk menyambut lebaran dgn family pastinya mengeluh..ape tidaknya,tidak puas lagi beraya di kampung barangkali..

Jalan2 utama untuk balik ke ibu kota pastinya sesak teruk..macam2 ragam manusia kita dapat lihat waktu2 camni..keadaan di kampung yang 3,4 ari lepas yang riuh rendah dengan anak2 perantau kembali lengang..

Yang pasti ramai yang pening kepala memikirkan duit poket yang sudah kering..Al-maklumlah bajet sudah lari untuk beli segala persiapan raya tempoh hari..terutama yang sudah berkeluarga,pasti mengeleng kepala selepas raya...baki duit yang ade cukup2 makan jer..
Itulah pasal..masa nak sambut raya aritu semua benda nak beli baru..duit yang keluar aritu laju jer cam air paip..

Pokai selepas raya ni dah macam lumrah yang akan di alami oleh semua orang..terutama yang berkeluarga besar..so lain kali kita harus beringat ingat sebelum berbelanja..

Friday 2 September 2011

Dari everton ke arsenal

mikel arteta
Bekas ayam tambatan everton  ni sungguh2 nak join arsenal

nape aku cakap camtu sbb walaupun gaji terpaksa di potong RM48,000 seminggu..tapi dier tetap nak gak join team arsenal nieh

mamat nieh kira macam penganti fabregas la konon nya...aku nak sgt tengok arsenal mencabar kembali kejuaraan liga..walaupun aku penyokong menyu..

Arsene wenger sopin last minit

aiii..nampaknya sejak kena bedal ngan menyu 8-2 itu ari team arsenal dah mula borong pemain.
 ni 1st time aku tgk diorang betul2 habis habisan beli player2 star tak macam dulu arapkan player yang rata2 takder pengalaman dalam kejohanan besar..maksud aku player muda.

mungkin arsene mula sedar yang dia takleh nak arapkan pada player yang rata2 umur 25 kebawah.

so skang adalah masa yang sesuai untuk arsene wenger sopin..memperkuatkan kembali team diorang...walaupun last2 minit..